Kempen Supermom Beli dan Menang
Ibu, mama, mak, emak, ummi, mommy mahupun bonda -- Walau apa jua panggilan yang diberikan, mereka adalah SuperMom; insan paling hebat dan istimewa!
Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu bermula sejak anak dalam kandungan lagi, sehinggalah ibu bertarung nyawa melahirkan dan mendidik membesarkan anak.
Cuba bayangkan, sejak dalam kandungan lagi ibu 'berperang' dengan morning sickness dan alahan, tak terkira lagi kaki membengkak, dan tidur malam yang tak selesa.
Sampai masa melahirkan, ibu berkorban menahan kesakitan contraction dan bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
Kemudian masuk fasa yang paling mencabar tapi menggembirakan iaitu fasa membesarkan. Ibu lah yang menjadi cikgu, doktor, nurse, motivator, chef, tukang jahit, driver dan segala-galanya untuk anaknya. Sebab, dalam kepala seorang ibu - anak adalah segalanya. Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk beri yang terbaik pada anak-anak.
Seorang ibu sangat istimewa di hati semua ❤️
Jika anda adalah seorang ibu, tahniah! Anda memang SuperMom!
Demi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu, Zliah HQ ingin melancarkan kempen SuperMom yang bermula pada 1 November 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Sempena kempen SuperMom ini, Zliah HQ akan membawakan anda cerita inspirasi SuperMom daripada 5 selebriti dan 5 influencer yang pernah mengayakan dan menyukai produk pakaian keluaran Zliah terutama Fazz Cardigan yang banyak membantu mereka selesa bergaya dan siap pantas sebagai ibu Supermom.
Kami juga akan membuat undian untuk Anugerah SuperMom untuk artis dan influencer tersebut. Jom undi selebriti dan influencer pilihan anda! Anda boleh mengenali mereka dengan lebih rapat dengan mengikuti post #supermomzliah di IG dan FB.
Selain itu, kami juga akan mengadakan Lucky Draw yang menawarkan 15 hadiah menarik termasuk hadiah utama sebutir loket emas 916, khas untuk pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya 2 helai produk Zliah dalam satu pembelian.
Syarat dan cara penyertaan :
1.Beli minimum 2 helai produk ZLIAH pada 1 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 dalam satu pembelian dan follow post di FB & IG HQ atau dropship ZLIAH yang mengandungi hashtag #supermomzliah
2.Hantar seberapa banyak penyertaan secara online di
http://bit.ly/supermomzliah
3.Pemenang akan ditentukan pada hari cabutan bertuah yang akan dimaklumkan selepas 31 Disember 2020